Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Mood.. cuti-cuti malaysia..

salam jumaat blogger

ummi rafiQ menghabiskn cuti tahunan selama seminggu ni, walaupn hanya duduk d rumah.. tp e2 merupakan moment terindah yg dpt ummi lakukn tuk my lil.. polok2, ciom2, tido2.. sume d lakukn bersama2 my lil.. aduhhh asyyyiiikkkkkkkkk... hehehe (jgn anak ummi jd mana dh la yer)

ummi tak kisah pn klu just duduk d rumah.. pmpn kn mmg dh tercipta tuk duduk kat umah (pdhal ayat nak sedapkn hati) kihkihkih.. tp mmg betul apa.. sejak blm kawen lg hobi ummi mmg duduk kat umah jerr...

tp my lil plak yg suke sgt nak main2 kat luar.. xpe sayang.. ummi akn bw hero ummi ni main2 kat luar.. biar berpoloh2 bdn 2.. t mlm nyenyak la tidur.. ummi pn tumpang nyenyak sama..

masa cuti ni la ade masa nak sediakan bekpes tuk my hubby terchenta.. hmm.. smlm ummi buat donut ball.. alamdulillah sedappppp...


gebu gebassss kn..

saje je buat ball.. senang xde la buang masa sgt.. heehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi bubur + ikan tenggiri + sweetpotato + garlic

kesian tgk anak ummi kene selsema.. tak lena tidur my lil semalam.. ummi pn ikut tak lena.. tp abi tetap lena seperti biasa.. hehehe

memandangkn hero ummi ni selsema..maka ummi buat la resepi ngn letak bwg putih lebih hr ni..bwg putih kn terkenal ngn antibiotik.. kat sini ade d huraikan kelebihan bwg putih ni.. bawang putih



so hasilnya.. ini la resepi yg ummi sediakan untuk my lil..

cara cara

} masukkan sekali kesemua bubur + ikan tenggiri + sweetpotato dan tanak sehingga masak
} tumis bawang putih 2 ulas dgn unsalted butter
} masukkan semua dlm penapis yg mempunyai lubang besar untuk menghasilkan tekstur yg kasar
} dah tapis.. titiskan sedikit dengan extra virgin olive oil

siapppp.. blh la d hidangkn..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bawang Putih Khasiat Semulajadi

Bawang putih antibiotik semulajadi
Assalamualaikum...


Bawang putih antibiotik semulajadi
Assalamualaikum...

bawang putih????ya,ada yang tak suka kan???sebab takut badan berbau bawang...hehe...tapi tau dak bawang putih ni sangatttt banyak manfaatnya...salah satunya adalah sebagai antibiotik semulajadi,satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria....wowww,hebatkan si putih2 melati ni...hehe


jom kita kenal lebih lagi dengan si putih ni...

-bawang putih adalah satu satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteris
-bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan
-bakteria yang aktif pada bawang putih adalah bakteria mematikan bacilus anthracis(ia menghasilkan antraks)

-bapa ubat antibiotik,Louis mengakui bahawa bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin
-darah individu yang memakan bawang putih dapat membunuh bakteria
-aroma potongan bawang putih segar dapat membunuh bakteria yang berjarak 20cm
-dulu penyakit tuberkulosis(tb) diubati dengan menggunakan bawang putih kerana mikro bakteria tuberkulosis sensitif dengan beberapa komponen sulfur yang terdapat pada bawang


HIV:
-bawang putih terbukti efektif mengandalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait dengan AIDS
-menurut Duke(pengarah immune enhancement project of portland,oregon,amerika syarikat) "bawang putih dapat menagkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh,saranan kepada pesakit HIV positif perlu memakan 3-5 ulas bawang putih pada setiap hari"

KERACUNAN DARAH:
-untuk keracunan darah atau terkena gigitan serangga,rendam bahagian luka dengan air dengan bawang putih serta bahan2 daripada bawang putih

IBU YANG MENYUSUKAN BAYI:
-satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema adalah dengan memakan bawang putih...melalui cara ini,ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang akan mengalir kepada bayi melalui susu ibu

BRONKITIS:
-terdapat seorang kanak2 menderita penyakit bronkitis,doktor memberikan beberapa antibiotik namun tiada apa yang berlaku...ibu kanak2 itu mula berputus asa,tidak lama kemudian,ada jiran yang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya...resepi ini dilakukan pada setiap malam dan kemudiannya ditutup dengan stokin...selepas 2 hari,kanak2 berusia 4 tahun itu sembuh seperti sediakala...subhanallah..

KANSER:
-senyawa allium yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan kekebalan tubuh,menjaga supaya karsinogen,iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat masuk ke dalam sel2 tubuh
-ini mampu menghalang perkembangan tumor
-dially sulfida,iaitu komponen minyak bawang putih yang juga dapat membuang karsinogen tidak aktif pada hati
-hasil penelitian,bawang putih sama dengan bawang merah,daun bawang dan daun timah...ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus

KOLESTEROL:
-bawang putih dapat menurunkan paras kolesterol

BATUK,SELSEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT:
-menggabungkan madu,bawang merah dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dan sistem pernafasan..
-gabungan bahan2 ini baik untuk pencernaan sendi2 dan hati

DIABETES:
-mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes

TEKANAN DARAH TINGGI,KOLESTEROL TINGGI,JANTUNG DAN SELSEMA
-memakan bawang putih mentah sebanyak 2 kali sehari membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah
-bawang putih mampu mencairkan darah,oleh itu ia bukan saja bermanfaat bagi mengelakkan serangan jantung dan stroke,malah bawang putih juga merupakan ubat bagi orang yang gayat
-kajian menunjukkan,bawang putih mampu menenangkan saraf dan ubat jantung
-pelbagai uji kaji menunjukkan,dengan mengambil supplement bawang putih atau menambah bawang putih dalam jumlah yang sesuai,ia dapat menurunkan kadar LDL kita sebanyak 9%
-pengambilan 1 ulas bawang putih setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh sekitar 10-15% dan menurunkan tekanan darah tinggi

MATI PUCUK:
-bawang putih pembangkit keinginan seksual
-bawang putih dapat memperbaiki peredaran darah,ia disebut sebagai enzim nitric oxide synthase(NOS) iaitu satu satunya enzim yang bertanggungjawab atas mekanisme ereksi
-bawang putih mengstimulasikan produksi NOS ,terutama untuk individu yang mempunyai paras enzim rendah

MIGRAIN:
-migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih
-bawang putih mencairkan dan membersihkan darah dan mampu mengurangkan serangan migrain

KEHAMILAN:
-pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia,iaitu kenaikkan tekanan darah dan kadar protein dalam urin
-kajian menunjukkan,bawang putih dapat meningkatkan berat badan bayi yang kecil



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Macaroni & cheese

ummi trlebih rajin hr ni.. nak bg anak ummi mkn sedap hr ni.. hehehe
ummi tgk stok macaroni ade lg.. then cek cheese pn ade lg sedikit.. hehehe so ummi pn beroperasi la..


bahan2

} macaroni
} puri labu (tp ummi tukar puri sweet potato)
} 1/4 bwg holland
} 2 sk tepung atta
} 1 sudu besar unsalted butter
} 1 sudu besar cheese
} sedikit air/susu abm@fm

cara cara

} rebus macaroni selama 5-10 minit & tapis
} bwg holland cincang halus
} sweet potato d kukus & tapis

Dalam kuali

} panaskan unsalted butter
} masukkan bwg holland, dh masak masukkan puri sweetpotato
} masukkan macaroni (yg dh hancur)
} masukkn tepung atta
} masukkan air/ susu abm@fm

#kacau hingga sebati dan pekat & blh la d hidangkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Bubur nasi + ikan tenggiri + ubi bit + evoo

Ummi dh buntu nk bg menu ape kat hero hr ni.. buka peti sejuk mcm nk pilih baju ape yg nk d pakai.. punye la lama tenung dlm peti ais 2.. nak tembus ke sebelah rasenye.. hehehe

tup.. tup.. ummi nampak puri ubi bit.. tgk lauk plak.. ayam dh abis, ade stok ikan tenggiri jer.. hurmm.. jadi lah.. ummi pn masak la beras sambil2 melembutkn ikan & puri bit td..


ini la dia rupenyerrr bubur ubi bit..

meh ummi ajar cara nak buat..

cara cara

} masak beras perang + ikan tenggiri hingga kembang & masak
} dh masak masukkn puri ubi bit 
} tumis bwg putih & bwg holland guna unsalted butter
} blend semua bhn2 d atas guna penapis yg kasar ( lubang besar untuk hasilkan tekstur yg kasar sbb my lil sdg belajar mengunyah)
} titiskan sedikit myk extra virgin olive oil + sedikit myk habbatussauda



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pengenalan untuk my hero mkn telur..


memandangkan usia rafiq dh nak masuk 10m.. ummi jadi risau sbb blm memperkenalkn telur kepada my hero ni.. mn tau my hero ni allergik ngn telur kn.. hehehe.. tp klu ikut sejarah ummi & abi sekeluarga.. xde lak yg allergik ngn telur ni.. main hentam je mkn.. lg2 ummi rafiq.. ummi rafiQ sgt2 paberet ngn telur goreng.. wlupn byk lauk sedap yg terhidang d depan mata.. ummi rafiq tetap pilih telur goreng.. ngeh..ngeh..ngeh..

so.. alhamdulillah.. result yg ummi tgk, my hero ni xde lak allergik ngn telur.. xde pon tumbuh benda asing kat muka c encemboy ummi ni.. syukur alhamdulillah.. tp ini br percubaan pertama.. next week kene mkn lagi 2x seminggu..

ok tggu next week lak.. cane penerimaan my hero ni..

#budak bambam ummi ni dh selera mkn.. alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi kentang + ikan tenggiri + kacang pis


suke sgt hero ummi mkn kentang ni.. habis setiap kali bg mkn.. alhamdulillah.. suke sgt2 ummi tgk anak ummi dh selera nk mkn..

cara cara

} rebus kentang + ikan tenggiri + kacang pis hingga masak & tapis
} tumis bwg putih & bwg holland dgn unsalted butter
} masukkn air/ susu fm biarkn hingga mendidih
}masukkn kentang + ikan + kcg pis yg dh d tapis ke dlm kuali
} biarkn kuah hingga pekat sedikit.. then blh la d hidangkn..

sedap sgt2.. ummi pn tumpang ngapp.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi bubur barley + ayam + brocoli + kismis


cara cara

} masak barley + ayam sehingga masak
} kukus brocoli + kismis
} campurkan kesemua then blend kn..
} titiskn sedikit minya extra virgin olive oil

siap untuk d hidang..

#sebagai penambah perasa dan aroma yg harum.. blh la tumis bwg putih & bwg holland dgn menggunakan unsalted butter (campurkn semasa memblend)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Baby pasta with creamy cheese sauce


cara masak pasta
1) Pasta rebus selama 3-5minit, tapis & blend (tuk baby yg blm pandai mengunyah)

2) Creamy Cheese Sauce
} ayam (cincang)
} 1 btg saderi (potong halus)
} 1/4 bawang holland (cincang)
} 1bj bwg putih (cincang)
} lobak (apa2 sayur pn blh)
}1 sudu kecil cheese

cara cara
} tumis bwg guna unsalted butter
} agak2 bwg dh masak, masukkan bhn2 yg lain
} letak air/ susu fm sedikit
* klu nak pekatkn kuah blh letak sikit tepung gandum
} masak sampai kuah pekat then blend.. siaaapppppp.. :)

# bile nak bg baby mkn.. blh la mixkn pasta & cream cheese sauce td..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Bubur nasi + ikan tenggiri + ubi bit + evoo


hari ni ummi sediakan menu ubi bit tuk my lil

[Resepi Beras Merah + Ikan Tenggiri + Ubi Bit]


Cara-cara


} Masak beras merah hingga kembang + ikan yg d cincang halus
} Tumis bwg merah & bwg putih dgn unsalted butter
} keluarkan stok cube Ubi Bit
} mixkn kesemua kemudian tapis 
} renjiskn sedikit extra virgin olive oil

walaupn my lil tak berapa sgt nak mkn.. tapi ummi tetap berusaha pelbagaikn makanan tuk my lil..
mudah2an suatu hr my lil akan berselera untuk menghabiskn menu yg ummi sediakan..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ummi meroyan beli bj tuk hero..

Huahuahua.. mentang2 la kn dh gaji.. stat la c ummi berkira2 budget tuk beli brgn c hero.. (padahal gaji cukup2 mkn jew.. hehehe) tp xpe.. demi tuk c hero..


MakaY siap la sdh senarai budget ummi tuk c hero.. konon2 nk beli brgn pentg je.. huhhhh.. tup..tup.. terlebih sudah..

Benda penting yg ummi kena beli iya la sabun mandi tuk c hero.. ummi pejam mata je beli sabun seba med yg blh tahan gak mahalY.. memandangkn kulit c hero ni kering, maka terpaksa la c ummi berkorban. Xpe nak, pakaian n keperluan ummi msh ada.. huhuhu.. (padahal ciput je lg)..



Ni la dia sabun sebamed.. bapa mahal.. hehehe.. sabun ni elok tuk kulit yg kering.. hmm.. ummi try dulu wat Xperian kat c hero.. kut.. kut betul.. xde la kulit  hero kering je..

Ok.. planning kedua c ummi adlh belikn rafiQ bj tidur.. jeng.. jeng.. meroyan ummi beli bj tuk c hero ni.. tp xpe janji hero ummi nampak encem pakai bj2 ni..


Then.. area umah ummi ni ade pasar pagi.. byk la brg2 yg d jual mknn, hardware n tak ketinggalan gak baju2.. so ummi pn bw la c hero g usha2 bj baby mn tau ade yg berkenan.. huhhh.. nasib baik duit tak cukup.. klu tak, mau ummi borong bj tuk c hero ni.. hehehehe.. klu abi nampak kompom terkojot.. kihkihkih.. makaY d pendek kn cerita, bln ni rafiQ dpt 10 psg bj.. perghhhh... mmg betol2 meroyan la ummi..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amalan sunat ketika menyambut kelahiran bayi

Berikut adalah amalan-amalan sunat tanda kesyukuran menyambut kelahiran bayi :



1. Azan dan iqamat

• Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.

• Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.

Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan binAli: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”

2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.

Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.

3. Memberi nama yang baik
Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”

4. Tahnik (Belah Mulut)

Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.

Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.

5. Cukur rambut

■Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.

■Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.

■Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).

■Adalah dilarang membuat jambul.

■Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadisriwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

6. Aqiqah

■Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya.

Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

■Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

■Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS