Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Baby Biscuit melt in mouth

tahap kerajinan yg melampau.. hehehe..
semakin bersemangat buat teething food tuk naura.. semoga anak ummi ni semakin sihat..



Baby Biscuit melt in mouth


bahan-bahan
- sebuku unsalted butter (250g)
- 1 1/2 cawan tepung kentang
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung atta (tp ummi guna tepung organic unbleached)
- 1/2 cawan puri kurma

cara-cara
- satukan semua tepung dan ayak
- pukul butter & puri kurma hingga kembang
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sebati
- tekap ikut bentuk yg di sukai.. ( ummi just bulat2 kn then tekan ngn garfu) senang n cepat..
- Bakar pada suhu 150darjah selama 15minit, atau hingga garing
- keluarkan dan sejukkan.. simpan dlm bekas kedap udara

* klu nak kreatif, ummi blh letak oat mase uli tepung..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bubur nasi quinoa bersama labu

Alhamdulillah.. sejak ummi dapat detect kedai menjual makann organic ni.. ummi pn bertukar 100% menggunakan bahan asas makanan naura kepada bahan organic. dah mcm2 ummi beli.. semua khas untuk anak daraku sorg ni..



bahan-bahan

- Baby porridge 1/3 cawan 
- Mix Quinoa 1 sudu besar
- Puri labu
- Chicken Stok
- Chicken paste

cara masak

basuh mix quinoa hingga air menjadi jernih
basuh bby porridge
tanak bby porridge bersama mix quinoa 
bila dah agak2 nak masak masukkn puri labu, chicken stok & chicken paste..
titiskan 3 4 titis minyak extra virgin olive oil

siap..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby Biscuit Oat melt in mouth

Memandangkan Naura suke sgt gigit jari jemarinya yg montel tu, makanya ummi pn tanye la en. google resepi finger food tuk anak dara sorg ni.. 

akhirnya setelah di tolak, di tambah & d darab.. maka ummi pn menghasilkn biskut versi ummi yg sesuai untuk bby Naura izz zareera

ini la kejadian biskut ummi.. 





Baby Biscuit melt in mouth versi cartoon..


bahan-bahan
- sebuku unsalted butter (250g)
- 1 ¹/² cawan tepung jagung
- 1 ¹/² cawan tepung atta (tp ummi guna tepung gandum organic unbleached)
- 1 sudu besar tepung kastad ( tak letak pn xpa)
- 1/2 cawan puri kurma (sbg pemanis biskut, klu rasa tak manis blh tambah qtty puri)

cara-cara
- satukan semua tepung dan ayak
- pukul butter & puri kurma hingga kembang
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sebati
- tekap ikut bentuk yg di sukai.. ( ummi guna mould chipmunk)
- Bakar pada suhu 150darjah selama 15minit, atau hingga garing
- keluarkan dan sejukkan.. simpan dlm bekas kedap udara





tgk la anak dara ummi ni.. semangat makan biskut dia tu.. hehehe..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Anak Sembelit

Resepi mengatasi anak sembelit

Sumber dari pa&ma.. sebagai rujukan ummi d masa akan dtg..



Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana mengalami masalah anak sembelit. Kesian melihat anak sukar membuang air besar, kadang-kadang ada kes meneran sampai keluar darah akibat luka di punggung. Ada yang sampai seminggu tidak membuang air besar. Anak pun sentiasa meragam akibat tidak selesa. 

Selain memberi makan ubat atau memberi ubat pinggul. Lebih baik anda cuba dulu cara ini yang lebih organic berbanding menggunakan ubat-ubat dari hospital.

Masalah ank mengalami sembelit biasanya kerana kurang mengambil makanan yang berserat. Apa kata cuba beri anak anda yang berusia enam hingga sembilan bulan menu ini ketika dia sedang sembelit.

Bahan-bahannya:

  • 50 gram daun bayam, cincang halus
  • 500 ml  air
  • 50 gram avokado, lenyek halus
  • 1 sudu besar margerin

Cara menyediakannya:

  1. Rebus bayam hingga layu.
  2. Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.
  3. Masukan avocado dan kacau rata.
  4. Sedia untuk dimakan.


sumber diperolehi dari:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Ubi Beet


Puri ubi beet

cara- cara

- kupas kulit beet lebih kurang 1cm (sbb kulit beet ni tebal)
- potong dadu
- rebus or steam (tp ummi rebus dgn air yg sedikit) selama 20minit-30minit
- blend (mase blend masukkn air rebusan beet)
simpan dlm bekas then blh buat stok tuk mix dlm bubur bby


ubi beet ni sesuai untuk baby umur 8 bulan dan keatas..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Homemade stok ayam

Homemade stok ayam tanpa bahan perasa MSG

yeeaayyy.. kali ni ummi akn berkongsi resepi cara nak buat homemade chicken stock yg tersangat la mudah dan simple.. disamping buat stok ayam, kita blh gak buat chicken paste hasil daripada lebihan dari bahan2 membuat chicken stok ni..

ok tanpa buang masa marilah kita bersama2 berkongsi resepi yer


inilah dia kejadian stok ayam yg ummi dh buat.. klu tgk gambar pn mcm senang kn.. tak byk bahan pon..

Bahan-bahan

1kg rangka ayam ( ummi guna kaki ayam, rib dan isi ayam jer)
2 biji bawang besar d belah empat
5 ulas bwg putih
1 bunjut rempah sup
2 batang lobak merah
3 batang saderi (letak ni stok ayam lg sedap..)
2cm halia


Cara masak

1) masukkan semua bahan2 ke dalam periuk
2) reneh selama 2jam or lebih pn takpa.. lg lama reneh lg sedap stok ayam
3) bila dh masak, tapis semua bahan2
4) air yg tinggal tu la di namakan stok ayam

stok ayam ni blh campur ke dlm bubur bby setiap kali masak.. bubur bby lg bertambah sedap.. yummmyyyy...


Cara penyimpanan stok ayam

stok ayam di simpan dlm bekas kecik untuk penggunaan sekali seperti bekas dadih or bekas ais kiub.. if letak dlm ais kiub, bila dh beku masukkn dlm bekas kedap udara.. ini amat memudahkan kita bila kita ingin menggunakan stok dlm kuantiti kecik dan kerap..

ketahanan mengikut jenis peti sejuk

chiller - 5hari
freezer peti sejuk 2 pintu - 3 bulan
deep freezer - 6 bulan


NAK BUAT APA DENGAN LEBIHAN AYAM DAN BAHAN2 LAIN DLM PENAPIS TU YER?



tarraaaaa... ini lah dia chicken paste yg ummi buat hasil lebihan bahan2 chicken stock..


bahan2 yg ade dlm penapis tu ummi blend.. makanya terhasillah chicken paste ni.. tp ingt jgn plak mommies masukkn sekali ngn tulang2 n halia.. nanti kang jadi lain lak.. hehehe...

so yg ni pn blh mix kn dlm mknn bby.. sooooo yummmyyyyy...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Organic baby porridge

kali ni entry ummi ttg makann organic

selama ni pulun la ummi mencari berpusing2 kat pasaraya demi tuk dapatkn stok bahan mentah yg berasaskn bhn organic.. last2x.. tgh asyk pusing2 buat keje kat satu tempat ni.. makanya terlihat la satu kedai ni tulis ORGANIC.. so ummi pn dgn teragak2 masuk dlm kedai tu, nk tgk bhn organic yg owner tu jual..

perghhhhh... mcm rasa nak melompat je ummi bila tgk apa yg di hajati d jumpai dlm kedai ni.. selama ni ummi usha2 je dlm fb.. tpnya mahal la plak yg dlm fb ni.. yg lg buat ummi tergumbira sbbnya, kedai organic ni tersangat la dekat ngn umah ummi.. yeayyyyyy.. lepas ni sume bhn asas mknn bby Naura beli kat kedai ni je la.. hehehe...

so ummi pn tak fikir panjang, terus rembat... nak tau ape yg ummi rembat.. tadaaaaa....


ini la dia yg ummi rembat.. plg excited ummi gumbira dpt cari organic baby porridge ni..

harga sgt la murah jika d bandingkan yg ade jual kat fb.. hehehe..

ok meh ummi cerita serba sedikit kelebihan organic high fiber baby porridge ni.. sblm tu ummi belanja sekeping lg gambar yer..


Penerangan Produk:

Bubur bayi tinggi serat ini merupakan sumber vitamin dan mineral yg terbaik yang mempunyai serat yang tinggi. Bubur ini mempunyai rasa yg sangat sedap serta mempunyai tekstur yang melekit licin dan sangat sesuai untuk baby dan org dewasa yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah.
selain itu, bubur bayi tinggi serat ini dapat membantu meningkatkan kekerapan buang air besar, dapat melegakan sembelit dan secara tidak langsung dapat menyihatkan usus.

kandungan di dalam:

BERAS ORGANIC CALROSE PEARL
SWEET MILLET ORGANIC
BERAS HITAM PEARL ORGANIC
BERAS PERANG THAI ORGANIC
BERAS GRAIN LONG ORGANIC


dan yang plg penting ianya  
Disahkan oleh USDA Organik


klu ade sesape yg berminat blh la singgah kat kedai ni..


ataupn klu yg jauh sgt, blh je order kat facebook ni





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Couliflower


Puri Couliflower

* Couliflower
* Potong kecik
* Stimkan
* tos & sejukkan
* blend & buat stok (letak kat fridge)

# Couliflower ni sesuai untuk baby 6 bln. mengikut carta food solid ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Brokoli


Puri Brocoli

* Brocoli
* Potong kecik
* Stimkan
* tos & sejukkan
* blend & buat stok (letak kat fridge)

# Actually  ni sesuai jgk untuk baby 8 bln. tp ummi terlalu advance lak.. hehehe



INFO:
Brokoli dikatakn sebagai sayur yang paling kaya dengan zat antioksidan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Betik


Puri Betik

Betik (masak ranum)
ummi rafiQ malas nak lenyek kat tapis so ummi blend then baru tapis.

* Betik tak perlu stim.. just pilih yg masak ranum then terus lenyek..
# betik sesuai untuk baby umur 6 bulan

INFO:
Buah betik kaya dengan vitamin c, dengan memakan buah betik juga ia memudahkan proses penghadaman dan mengelakkn sembelit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Butternut Squash


Butternut Squash

* sebiji Butternut Squash
* Potong dadu
* Rebus
* tos & sejukkan
* blend & buat stok (letak kat fridge)

# Butternut Squash ni sesuai jgk untuk baby 6 bln.


INFO:
Khasiat yang terdapat di dalam labu membantu mempercepatkan proses pertumbuhan badan bayi dan merangsang kecerdasan otak si kecil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Kacang Pis


Puri Kacang Pis

Kacang Pis (ummi pilih brand wattie's)
stim selama 5-10minit
tos sehingga sejuk
blend & tapis (baby kene mkn tekstur yg lebih halus)
blh gak d buat stok if terlebih quantiti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Kurma



puri kurma

-Buah kurma-klu blh yg bertangkai sbb kurang manis (terpulang nak brp biji)
-Buang biji & stimkn selama 5-10minit
-tos & sejukkan
-Blend & tapis
-Hidangkan & lebihan blh d buat stok
* cairkn puri if manis sangat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Avocado


puri avocado

Avocado (masak ranum-if kulit dh hitam pekat)
ummi rafiQ malas nak lenyek kat tapis so ummi blend then baru tapis.

* Avocado tak perlu stim.. just pilih yg masak ranum then terus lenyek..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Pisang


puri pisang

pisang (masak ranum-klu blh pilih pisang yg berbintik hitam)
ummi rafiQ malas nak lenyek kat tapis so ummi blend then baru tapis.

* pisang tak perlu stim.. just pilih yg masak ranum then terus lenyek..

TIPS:
seelok-eloknya pilih pisang yang benar-benar masak supaya tidak bergetah dan kelat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Keledek



 
puri keledek

Keledek (terpulang nak brp biji)
kupas & stimkn selama 5-10minit
tos & sejukkan
Blend & tapis
Hidangkan & lebihan blh d buat stok



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Pear

puri pear

buah pear (terpulang nak brp biji)
kupas & stimkn selama 5-10minit
tos & sejukkan
Blend & tapis
Hidangkan & lebihan blh d buat stok

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puri Apple

ok memula ummi bagi puri apple sbg makanan pejal pertama RafiQzaQwan..





Puri Apple

apple di kupas (terpulang nak brp biji)
stim selama 5-10minit
tos sehingga sejuk
blend & tapis (baby kene mkn tekstur yg lebih halus)
blh gak d buat stok if terlebih quantiti.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barley + Ayam + Lobak Merah + extra virgin olive oil (EVOO)

Barley + Ayam + Lobak Merah + extra virgin olive oil (EVOO)

cuaca panas sekarang ni..
so ummi pn sediakan lah resepi yg blh menyejukkan badan untuk buah hati pengarang jantung ummi ni.. harap2.. suka la anak dara ummi sorg ni..

so memandangkn baru first time naura consume barley, maka naura kene ikut 4day rules.. maksudY naura kena mkn resepi yg sama dlm tempoh 4 hari untuk tgk keserasian naura ngn makanan yg ummi sediakan..  minta2 anak dara ummi ni xde la allergik or sembelit or cirit birit.. aminnn..


tadaaaa.. ini la dia menu anak dara ummi

bahan2
barley
ayam
lobak merah

cara2..
rendak barley 24j dgn tepung + lemon (tp ummi tak ikut pn.. leceh plak, lgpn rasa barley jadi masam.. cian perut anak ummi n bau kureng sikit.

potong ayam ikut suka
kupas kulit lobak merah & potong ikut suka

bila agak2 barley dh masak, masukkn ayam & lobak merah.. masak sehingga air pekat (tp jgn bagi pekat sgt, sbb kejap lg kene blander plak)

bila dah masak, masukkn dlm blend & blend ikut tekstur yg d ingini..

lastly
titiskan sedikit extra virgin olive oil (evoo)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Brown Rice + Zucchini + EVOO

Hari ni hari ke 4 Naura makan zucchini.. alhamdulillah, setakat ni anak dara ummi ni xde la alahan or najis keras ke cirit birit ke..


bahan-bahan
beras perang
sayur zucchini
extra virgin olive oil (EVOO)

cara-cara

masak beras perang hingga lembut..
dah agak2 nak masak, masukkan sayur zucchini dan biarkn selama 5minit
masukkn dalam blender, kisar then campurkn 3 titis minyak EVOO..

siap.. blh la di hidangkan untuk c manja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Makanan Untuk Baby 10 bulan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Makanan Untuk Baby 9 bulan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Makanan Untuk Baby 8 bulan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Makanan Untuk Baby 7 bulan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepelbagaian minyak Zaitun (OLIVE OIL)

Sape mommies2x kat sini yg bagi olive oil kat baby.. ala.. dgn kata lain, letak olive oil dalam mknn bby..

hmm.. ummi suka sgt letak olive oil dalam makanan baby.. tapi ummi guna extra virgin 
olive oil.. peringkat minyak yg tertinggi gitu.. tp wlupn peringkat tertinggi di kalangan yg 
tinggi seeloknya guna yg cold press.. maksud cold press kat sini perahan menggunakan
tangan n perahan yg pertama.. fuyyoooo.. mmg sgt2 byk khasiatnya.. hehehe


ok meh ummi ceritakan serba sedikit peringkat2 minyak zaitun ni yer (Olive Oil)


OLIVE OIL, ada pelbagai jenis serta brand di pasaran.. senang didapati di tesco/giant/jaya grocer dan sebagainya


1. Extra Virgin Olive Oil

Minyak ekstrak virgin oil berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun. Minyak zaitun ekstra virgin mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi. Tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, rasanya unggul dan sukatan asamnya (acidity) kurang dari 1%. Minyak ini sangat berharga kerana kesempurnaan dan keseimbangan antara rasa, aroma, warna dan sukatan keasamannya 

boleh di celupkan pada roti secara langsung atau di minum terus

## ummi suka letak minyak extra virgin olive oil ni dalam makanan baby.. letakkn setitis dua dalam makanan baby apabila makanan telah masak atau ketika nak bagi makan pada baby.

*** Extra Virgin Olive Oil tidak sesuai digunakan untuk memasak pada suhu yang tinggi kerana di takuti akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam minyak tersebut.



2. Virgin Olive Oil

Minyak ini di perolehi dari hasil produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun. Memiliki tingkat keasaman yang kurang dari 2% dan rasanya sedap. Minya ini juga digunakan untuk memasak, buat salad dan lain-lain.. biasa minyak peringkat atau jenis ini digunakan sebagai menggantikan minyak masak sawit yang tinggi kolestrol.


3. Pure Olive Oil

Minyak ini merupakan campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil. di mana kandungan nutrisinya lebih rendah dan harga pun lebih murah. tidak sesuai jika digunakan untuk membuat salad tetapi lebih sesuai jika digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.


4. Fino Olive Oil

Minyak jenis ini merupakan hasil campuran extra virgin dan virgin olive oil..




5. Pomace Olive Oil

Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Dihasilkan dari minyak yang tersisa di pomace zaitun. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil supaya boleh di terima oleh pengguna. Biasanya digunakan untuk memasak dangan suhu tinggi.


6. Lite/Extra Lite Olive Oil

Lite Olive Oil hanya mengandungi sejumlah kecil virgin oil. Rasadari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah. Jumlah kalori dan lemak yang terkandung sama dengan semua minyak zaitun. Kualiti dari minyak zaitun jenis Lite Olive Oil ini adalah rendah.


ok.. ummi dah penat terangkan panjang lebar peringkat2 minyak zaitun.. so terpulang pd mommies or kengkawan nak guna gred yg mana. tp ummi lebih suka suggest gunalah minya extra virgin olive oil,. byk sgt khasiatnya.. nanti next chapter ummi cerita lak khasiat dan kebaikan minyak zaitun yg di sebut dalam al-quran..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS