Resepi mengatasi anak sembelit
Sumber dari pa&ma.. sebagai rujukan ummi d masa akan dtg..
Saya yakin ramai ibu bapa di luar sana mengalami masalah anak sembelit. Kesian melihat anak sukar membuang air besar, kadang-kadang ada kes meneran sampai keluar darah akibat luka di punggung. Ada yang sampai seminggu tidak membuang air besar. Anak pun sentiasa meragam akibat tidak selesa.
Selain memberi makan ubat atau memberi ubat pinggul. Lebih baik anda cuba dulu cara ini yang lebih organic berbanding menggunakan ubat-ubat dari hospital.
Masalah ank mengalami sembelit biasanya kerana kurang mengambil makanan yang berserat. Apa kata cuba beri anak anda yang berusia enam hingga sembilan bulan menu ini ketika dia sedang sembelit.
Bahan-bahannya:
- 50 gram daun bayam, cincang halus
- 500 ml air
- 50 gram avokado, lenyek halus
- 1 sudu besar margerin
Cara menyediakannya:
- Rebus bayam hingga layu.
- Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.
- Masukan avocado dan kacau rata.
- Sedia untuk dimakan.
sumber diperolehi dari:
0 comments:
Post a Comment