Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bahaya Garam Dalam Makanan Bayi

Bahaya Garam Dalam Makanan Bayi

 

Sudah menjadi kewajipan, setiap makanan yang dimasak perlu ditambah "garam", kalau tidak ada garam hancurlah resipi masakan dan makanan yang kelihatan lazat tidak dijamah oleh sesiapa kerana tidak mempunyai sebarang rasa. Namun yang demikian bukan semua makanan wajib ditambah garam terutama makanan untuk si bayi anda. Makanan bayi tidak memerlukan tambahan garam atau sebarang perisa. Ini disokong oleh hasil penelitian dari Jerman dimana makanan bayi tidak perlu ditambah garam.. Kenapa ya ??? dan hasil penelitian saya sebaliknya, ibu-ibu dan penjaga suka menambah perisa atau garam untuk menambah kelazatan dalam bubur nasi anak-anak. Berikut adalah panduan dan persoalan yang perlu anda ketahui.

Adakah boleh menambah garam ke dalam bubur bayi?
Tidak BOLEH !!! kerana garam akan membuat kan tekanan darah bayi melonjak naik, bayi sangat sensitif terhadap garam. Ini akan memberi kesan yang amat panjang. Pada umur bayi satu tahun ke bawah ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaga perlu berusaha memberikan makanan tanpa sebarang garam. Ibu-ibu perlu tahu, makan terbaik adalah dari susu ibu dan dalam susu sebenarnya sudah terdapat kandungan garam semulajadi yang mencukupi untuk keperluan si bayi. Namun yang demikian, selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber makanan lain diperlukan tetapi elak dari memberi sebarang perisa tambahan.



Tidak kah makanan bayi akan terasa hambar?
Tidak lah !!!, kita tidak boleh samakan selera kita dengan selera bayi, deria rasa bayi dengan kita adalah berbeza. Deria bayi pada umur begini belum berfungsi sepenuhnya, langit-langit pada mulutnya belum mengalami perkembangan sepenuhnya sehingga dia belum dapat merasa rasa masin. Oleh disebabkan itu makanan yang kita rasa hambar tetapi terasa sedap bagi si bayi
 
Dapatkah ginjal bayi memproses garam?
Tidak !!!  ginjal bayi belum boleh memproses garam dalam jumlah yang tinggi. Sistem pencernaan si bayi masih tersangat lemah untuk memproses makanan yang terlampau banyak. Jika bayi terlalu banyak mengambil garam yang berasal dari makanan tambahan, itu boleh menyebabkan otak bayi rosak. Banyak lagi risiko tinggi sekiranya pengambilan diteruskan. Berbagai macam penelitian telah di buktikan, antara lain risiko tinggi menjadi gemuk, dan penyakit jantung pada usia muda.
 


 

Sebagai seorang ibu baru yang takde apa-apa pengalaman tentang pemakanan anak, mesti gelabah bila anak hampir mencecah usia 6bulan. 

Mesti fikir nak bagi makan apa, nak masak apa hari-hari, resipi bagai kan? Memang pening. Tapi ada yang lebih penting iaitu adakah perlu tambah garam walaupon sebutir dalam makanan baby kesayangan kita?

Bayi hanya memerlukan hanya kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang bayi tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum bayi kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu ataupon susu formula.

Bila bayi kita mula makan solid food, kita tak perlu tambah garam sedikit pon walaupon bila kita rasa, alamak, tawar hebeh..Selepas umur setahun sehingga 3 tahun, bayi kita cuma memerlukan maximum pon cuma 2g sehari ( 0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti cellery, brokoli dan sebagainya

Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan takde masa nak masak makanan untuk baby, dan lebih prefer processed food, ikut la guidelineseperti di bawah ni.

Jangan bagi baby makan processed food yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, contohnya:
- pies
- child and adult ready meal
- biskut
- sup
- gravy
- sos
- pizza

Bagi la baby kita makanan berkhasiat seperti:
- buah-buahan 
- sayur-sayuran
- ikan segar
- telur
- susu
- beras
- dried pasta

Sekiranya nak beli makanan yg processed utk baby, biasakan diri bacafood label k. Tengok part salt per 100g. Salt juga ditulis sebagai sodium pada food labels : 2.5g salt = 1g sodium. Paras garam yang tinggi adalah apabila nilainya lebih dari 1.5g salt per 100g (atau 0.6g sodium) Paras garam yang rendah adalah 0.3g salt atau kurang per 100g (atau 0.1g sodium)

Walaubagaimana pon sekiranya anda berpeluang memasak makanan bayi anda sendiri, itu adalah yang terbaik. Cuma jangan tambah garam ye ;))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: