Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

CARA PEMILIHAN PAM SUSU YANG BETUL



CARA PEMILIHAN PAM SUSU YANG BETUL

Ramai mommies yang memilih pam susu mengikut bajet tanpa membuat perancangan awal ketika disahkan hamil.
Akhirnya pam yang dibeli tidak sesuai & terpaksa bertukar berkali-kali yang akhirnya membawa lebih banyak pembaziran

Tahukah mommies pemilihan pam susu sangat2 memainkan peranan penting dalam penghasilan susu yang optimum?
Ia sama seperti cara lekapan & hisapan bayi. Jika lekapan & hisapan tak betul, maka susu yang terhasil pun kurang memberangsangkan
Betul betul?

Jadi bila mommies disahkan hamil pastikan mommies mula menyimpan wang sikit2 untuk mendapatkan pam yang serasi bersama. Jika mommies tak terfikir nak menyimpan awal, mommies boleh beli pam mengikut kemampuan dulu, kemudian pada masa yang sama mula menyimpan untuk dapatkan pam yang lebih efektif bila dah tersedar tentang kepentingan pam susu yang sesuai agar penghasilan susu mommies makin meningkat.

Jadi di sini saya berikan sedikit panduan semasa mommies memilih pam yang serasi bersama tanpa perlu tukar pam berkali-kali:

1) mempunyai 2 phase stimulation (tarik laju2) & expression (tarik perlahan) - jika kita lihat bayi menyusu pada awalnya dia akan menarik laju2 kemudian bila susu keluar dia mula tarik perlahan. Bila kita meniru gaya bayi menyusu barulah hasil pam kita pun akan dapat lebih banyak

2) ada banyak level suction supaya mommies boleh laras ikut keselesaan mommies.. takdela terpaksa tahan sakit pasrah apa adanya..hehe

3) ada skrin masa untuk mommies monitor masa & level suction supaya mommies lebih fokus..cer bayang kan kalau pam takde skrin mesti mommies takleh agak kan nak guna level berapa.. tu yang start on sampai habis guna level yang sama je... mommies silap kalau guna level yang sama je sepanjang mengepam

4) boleh guna bateri atau power bank supaya mommies boleh pam di mana2 sahaja..takdela alasan bila pam kena dok 1 tempat jekan & bagi alasan perasan sibuk tak sempat pam..mommies boleh la pam sambil buat koje lain...best kan..

5) corong pam mestilah ngam dengan saiz breast supaya susu dapat dikeluarkan habis. Jika corong tak sesuai tu yang susu sangkut lagi kat dalam walaupun dah pam dekat sejam.

Untuk pastikan pam mommies efektif atau tidak, lepas pam cuba perah guna tangan (marmet)
Kalau mommies perah 10x ke bawah susu dah tak banyak memancut bermaksud pam tu serasi dengan mommies. Tapi kalau perah 10x ke atas susu masih banyak memancut bermaksud pam tu tak serasi dengan mommies.. disarankan mommies tukar pam yang lebih efektif untuk penghasilan susu yang lebih banyak akan datang

Masa pam yang terbaik 1 sesi adalah 20-30 minit
Jika mommies pam terlalu cepat susu mommies sukar meningkat
Moga panduan ini dapat membantu mommies dalam membuat keputusan memilih pam susu yang terbaik untuk anda (^_^)

************************
Nak tahu kenapa mommies tak boleh pam guna level yang sama start on sampai habis??? Click di SINI


nak lagi banyak info.. sila layari 

Lactation Counselor Puan Asiah Maharam

FB: www.facebook.com/asiahmaharam
      www.facebook.com/1bestpump
      www.facebook.com/groups/susuibuterbaek

WEB: www.susuibumeriah.com

Sekiranya ada mommies yang teringin mengikuti seminar2 penyusuan blh tgk web page lactation counselor puan Asiah Maharam di Seminar Susu Ibu Meriah Tanpa Suplimen

mommies juga boleh download TIPS CARA MAKAN JADI SUSU BUKAN LEMAK di SINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JANGAN PAM GUNA LEVEL YANG SAMA START ON PAM SAMPAI TAMAT SESI MENGEPAM SUSU

KENAPA MOMMIES DILARANG PAM GUNA LEVEL YANG
SAMA START ON PAM SAMPAI HABIS??


Tahukah mommies bahawa sesi pam adalah sama dengan 
sesi bayi menyusu???

Jadi, bila mommies mengepam pun m
ommies kena meniru gaya hisapan bayi
Cuba perhatikan cara bayi mommies menyusu
Adakah dia menghisap pada kadar yang sama??
Tentu tidak kan...

Jika mommies perasan bayi akan mula menghisap dengan laju dan pendek2
Bila susu mula keluar bayi akan mula menghisap lebih perlahan dan panjang2
Jadi masa mengepam pun mommies perlu meniru gaya bayi menyusu
Sebab tulah mommies dilarang sama sekali guna level yang sama sepanjang mengepam
Nah, faham dah sekarang sebabnya???

Penghasilan susu mommies pastinya akan jadi berbeza
Mommies akan lihat hasil pam mommies boleh dapat lebih banyak jika pandai main level berbanding guna level yang sama semasa mengepam.



nak lagi banyak info.. sila layari 

Lactation Counselor Puan Asiah Maharam

FB: www.facebook.com/asiahmaharam
      www.facebook.com/1bestpump
      www.facebook.com/groups/susuibuterbaek

WEB: www.susuibumeriah.com

Sekiranya ada mommies yang teringin mengikuti seminar2 penyusuan blh tgk web page lactation counselor puan Asiah Maharam di Seminar Susu Ibu Meriah Tanpa Suplimen

mommies juga boleh download TIPS CARA MAKAN JADI SUSU BUKAN LEMAK di SINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahaya Garam Dalam Makanan Bayi

Bahaya Garam Dalam Makanan Bayi

 

Sudah menjadi kewajipan, setiap makanan yang dimasak perlu ditambah "garam", kalau tidak ada garam hancurlah resipi masakan dan makanan yang kelihatan lazat tidak dijamah oleh sesiapa kerana tidak mempunyai sebarang rasa. Namun yang demikian bukan semua makanan wajib ditambah garam terutama makanan untuk si bayi anda. Makanan bayi tidak memerlukan tambahan garam atau sebarang perisa. Ini disokong oleh hasil penelitian dari Jerman dimana makanan bayi tidak perlu ditambah garam.. Kenapa ya ??? dan hasil penelitian saya sebaliknya, ibu-ibu dan penjaga suka menambah perisa atau garam untuk menambah kelazatan dalam bubur nasi anak-anak. Berikut adalah panduan dan persoalan yang perlu anda ketahui.

Adakah boleh menambah garam ke dalam bubur bayi?
Tidak BOLEH !!! kerana garam akan membuat kan tekanan darah bayi melonjak naik, bayi sangat sensitif terhadap garam. Ini akan memberi kesan yang amat panjang. Pada umur bayi satu tahun ke bawah ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaga perlu berusaha memberikan makanan tanpa sebarang garam. Ibu-ibu perlu tahu, makan terbaik adalah dari susu ibu dan dalam susu sebenarnya sudah terdapat kandungan garam semulajadi yang mencukupi untuk keperluan si bayi. Namun yang demikian, selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber makanan lain diperlukan tetapi elak dari memberi sebarang perisa tambahan.



Tidak kah makanan bayi akan terasa hambar?
Tidak lah !!!, kita tidak boleh samakan selera kita dengan selera bayi, deria rasa bayi dengan kita adalah berbeza. Deria bayi pada umur begini belum berfungsi sepenuhnya, langit-langit pada mulutnya belum mengalami perkembangan sepenuhnya sehingga dia belum dapat merasa rasa masin. Oleh disebabkan itu makanan yang kita rasa hambar tetapi terasa sedap bagi si bayi
 
Dapatkah ginjal bayi memproses garam?
Tidak !!!  ginjal bayi belum boleh memproses garam dalam jumlah yang tinggi. Sistem pencernaan si bayi masih tersangat lemah untuk memproses makanan yang terlampau banyak. Jika bayi terlalu banyak mengambil garam yang berasal dari makanan tambahan, itu boleh menyebabkan otak bayi rosak. Banyak lagi risiko tinggi sekiranya pengambilan diteruskan. Berbagai macam penelitian telah di buktikan, antara lain risiko tinggi menjadi gemuk, dan penyakit jantung pada usia muda.
 


 

Sebagai seorang ibu baru yang takde apa-apa pengalaman tentang pemakanan anak, mesti gelabah bila anak hampir mencecah usia 6bulan. 

Mesti fikir nak bagi makan apa, nak masak apa hari-hari, resipi bagai kan? Memang pening. Tapi ada yang lebih penting iaitu adakah perlu tambah garam walaupon sebutir dalam makanan baby kesayangan kita?

Bayi hanya memerlukan hanya kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari sehingga 2 tahun. Buah pinggang bayi tak dapat menampung garam yang lagi banyak dari ni. Sebelum bayi kita berusia 6 bulan, keperluan garam ditampung dalam susu ibu ataupon susu formula.

Bila bayi kita mula makan solid food, kita tak perlu tambah garam sedikit pon walaupon bila kita rasa, alamak, tawar hebeh..Selepas umur setahun sehingga 3 tahun, bayi kita cuma memerlukan maximum pon cuma 2g sehari ( 0.8g sodium). Ini boleh didapati dari sumber-sumber semulajadi seperti cellery, brokoli dan sebagainya

Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan takde masa nak masak makanan untuk baby, dan lebih prefer processed food, ikut la guidelineseperti di bawah ni.

Jangan bagi baby makan processed food yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, contohnya:
- pies
- child and adult ready meal
- biskut
- sup
- gravy
- sos
- pizza

Bagi la baby kita makanan berkhasiat seperti:
- buah-buahan 
- sayur-sayuran
- ikan segar
- telur
- susu
- beras
- dried pasta

Sekiranya nak beli makanan yg processed utk baby, biasakan diri bacafood label k. Tengok part salt per 100g. Salt juga ditulis sebagai sodium pada food labels : 2.5g salt = 1g sodium. Paras garam yang tinggi adalah apabila nilainya lebih dari 1.5g salt per 100g (atau 0.6g sodium) Paras garam yang rendah adalah 0.3g salt atau kurang per 100g (atau 0.1g sodium)

Walaubagaimana pon sekiranya anda berpeluang memasak makanan bayi anda sendiri, itu adalah yang terbaik. Cuma jangan tambah garam ye ;))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

homemade tomato puri untuk baby 10m keatas


Projek membuat tomato puri untuk anak kesayangan

Salam semua mommies, apa khabar.. lama ummi tak bercoret coret di sini kan..

tajuk masakan hari ini ialah macamana nak masak or membuat tomato puri... cewwwahhhh.. masakan la sangat kan.. boleh jugak la masak tuk baby.. jommm start masak.. 
 
Fresh tomato yang beratnya lebih sekilo. Sesiapa yang berminat nak cuba boleh jer beli kat kedai..Mula-mula, basuh bersih-bersih tomato yang dah masak ranum,

 
Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut dipuri.

 
 Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah dibuang kulit nanti.
 

  Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15 minit.


 Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.

 Kulit dibuang dengan mudahnya.


 Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat, tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.


 Dah siap dibuang biji dan air/ jus.


 Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.

 
 ini la rupa tomato yg dh di blend



 
Bahan-bahan :-

tomato yg dh di blend
capsicum
bawang besar
bawang putih
serbuk jintan manis dan jintan putih
unsalted butter

1. potong dadu capsicum dan blend bersama bawang putih dan bawang besar.
2. panaskan periuk masukkan butter dan bahan diblend dan serbuk jintan secubit. masak selama mana yang anda mahu. huhu. sos tomato makin lama masak makin sedap. kalau kering tambah air.



Masak bahan kisar sehingga pekat. paste ini hendaklah selalu di kacau dan buangkan air yang terdapat di permukaan paste ini dan kacau selalu agar tidak hangus. bila dah benar benar pekat matikan api.


dah masak boleh la di simpan dalam bekas kedap udara then letak dlm peti sejuk agar tahan lama.. bila2 masa anak nak mkn spagetti, senang je.. ummi tinggal amik kat peti sejuk jer.. 


NOTA PENTING:
tomato hanya sesuai untuk baby umur 10m dan keatas sahaja yer..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEDITERRANEAN ROAST VEGE WITH COUS-COUS


MEDITERRANEAN ROAST VEGE WITH COUS-COUS

Bahan-bahan

• Tomato puri
• 75g cous-cous, masak mengikut arahan pada pek
• 75g keledek,dicincang
• 50g courgette/zucchini, dicincang

Bahan-bahan
1. Masukkan keledek,courgette/zucchini yang telah dicincang dalam dulang pembakar. Masukkan (sira) dengan minyak zaitun
2. Panggang pada suhu 220°C selama 30 min, balik-balikkan
3. Cincang seeloknya
4. Campurkan semua bahan.
5. Periksa suhu & hidang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PASTA CARBONARA



PASTA CARBONARA

Bahan-bahan
• 25g Pasta
• 3 tbsp yogurt
• 1 tbsp keju (parut)
• 15g hirisan ayam/daging


Cara-cara

1. Rebus pasta mengikut arahan pada pek.
2. Toskan.
3. Panaskan yogurt di dalam pan,cairkan keju. Angkat,campurkan dengan semua bahan. Kacau hingga sebati. Masukkan hirisan ayam/daging. Kacau & hidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHICKEN N MANGO MASH WITH VEGES



CHICKEN N MANGO MASH WITH VEGES

Bahan-bahan
• Dada ayam
• 1btg lobak
• 1 parsnip
• 1 biji mangga/pic


Cara-cara
1. Panggang/kukus ayam hingga masak,potong dadu
2. Kupas & cincang lobak,parsnip. Kukus hingga empuk
3. Kupas mangga & pic,buangkan biji,hiris nipis.
4. Campurkan ayam & bahan-bahan lain,jadikan puri.
5. Kacau,periksa suhu & hidang


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHICKEN WITH SWEET POTATO,SWEDE & CARROT



CHICKEN WITH SWEET POTATO,SWEDE N CARROT

Bahan-bahan
• 1 dada ayam
• Keledek dikupas & didadu
• Labu
• 1 batang lobak dikupas & didadu

Cara-cara
1. Bakar ayam di dalam ketuhar hingga empuk
2. Kukus sayuran hingga lembut
3. Cincang ayam yg telah dimasak.
4. Kisar kesemua bahan dgn air rebusan,puri hingga cair

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHEESY VEGETABLE MEDLEY



CHEESY VEGETABLE MEDLEY

Bahan-bahan
• 40g kentang,kupas,potong kiub 
• 40g lobak,kupas & cincang 
• Separuh peket Heinz Cook at Home Cauliflower & Broccoli Cheese Cooking Sauce/Buatan sendiri


Cara-cara
1. Kukus atau rebus kentang & lobak hingga lembut.
2. Puri semua sayuran hingga cair.
3. Tambahkan sos & didih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARROT & CAULIFLOWER CHEESE WITH RICE


CARROT & CAULIFLOWER CHEESE WITH RICE

Bahan-bahan
• 2 btg lobak
• 100g cauliflower
• 2 tsp nasi/bijirin
• 1 tbsp keju cheddar (disagat)


Cara-cara
1. Kupas lobak & hiris. Basuh dan potong cauliflower
2. Didihkan lobak & cauliflower dgn sedikit air hingga lembut
3. Toskan,simpan air rebusan.
4. Kisar sayuran bersama 60ml air rebusan.
5. Tambahkan nasi/bijirin dgn keju,kacau hingga sebati.
6. Jumlah nasi & air blh ditambah bila perlu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS