Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

CARA PEMILIHAN PAM SUSU YANG BETUL



CARA PEMILIHAN PAM SUSU YANG BETUL

Ramai mommies yang memilih pam susu mengikut bajet tanpa membuat perancangan awal ketika disahkan hamil.
Akhirnya pam yang dibeli tidak sesuai & terpaksa bertukar berkali-kali yang akhirnya membawa lebih banyak pembaziran

Tahukah mommies pemilihan pam susu sangat2 memainkan peranan penting dalam penghasilan susu yang optimum?
Ia sama seperti cara lekapan & hisapan bayi. Jika lekapan & hisapan tak betul, maka susu yang terhasil pun kurang memberangsangkan
Betul betul?

Jadi bila mommies disahkan hamil pastikan mommies mula menyimpan wang sikit2 untuk mendapatkan pam yang serasi bersama. Jika mommies tak terfikir nak menyimpan awal, mommies boleh beli pam mengikut kemampuan dulu, kemudian pada masa yang sama mula menyimpan untuk dapatkan pam yang lebih efektif bila dah tersedar tentang kepentingan pam susu yang sesuai agar penghasilan susu mommies makin meningkat.

Jadi di sini saya berikan sedikit panduan semasa mommies memilih pam yang serasi bersama tanpa perlu tukar pam berkali-kali:

1) mempunyai 2 phase stimulation (tarik laju2) & expression (tarik perlahan) - jika kita lihat bayi menyusu pada awalnya dia akan menarik laju2 kemudian bila susu keluar dia mula tarik perlahan. Bila kita meniru gaya bayi menyusu barulah hasil pam kita pun akan dapat lebih banyak

2) ada banyak level suction supaya mommies boleh laras ikut keselesaan mommies.. takdela terpaksa tahan sakit pasrah apa adanya..hehe

3) ada skrin masa untuk mommies monitor masa & level suction supaya mommies lebih fokus..cer bayang kan kalau pam takde skrin mesti mommies takleh agak kan nak guna level berapa.. tu yang start on sampai habis guna level yang sama je... mommies silap kalau guna level yang sama je sepanjang mengepam

4) boleh guna bateri atau power bank supaya mommies boleh pam di mana2 sahaja..takdela alasan bila pam kena dok 1 tempat jekan & bagi alasan perasan sibuk tak sempat pam..mommies boleh la pam sambil buat koje lain...best kan..

5) corong pam mestilah ngam dengan saiz breast supaya susu dapat dikeluarkan habis. Jika corong tak sesuai tu yang susu sangkut lagi kat dalam walaupun dah pam dekat sejam.

Untuk pastikan pam mommies efektif atau tidak, lepas pam cuba perah guna tangan (marmet)
Kalau mommies perah 10x ke bawah susu dah tak banyak memancut bermaksud pam tu serasi dengan mommies. Tapi kalau perah 10x ke atas susu masih banyak memancut bermaksud pam tu tak serasi dengan mommies.. disarankan mommies tukar pam yang lebih efektif untuk penghasilan susu yang lebih banyak akan datang

Masa pam yang terbaik 1 sesi adalah 20-30 minit
Jika mommies pam terlalu cepat susu mommies sukar meningkat
Moga panduan ini dapat membantu mommies dalam membuat keputusan memilih pam susu yang terbaik untuk anda (^_^)

************************
Nak tahu kenapa mommies tak boleh pam guna level yang sama start on sampai habis??? Click di SINI


nak lagi banyak info.. sila layari 

Lactation Counselor Puan Asiah Maharam

FB: www.facebook.com/asiahmaharam
      www.facebook.com/1bestpump
      www.facebook.com/groups/susuibuterbaek

WEB: www.susuibumeriah.com

Sekiranya ada mommies yang teringin mengikuti seminar2 penyusuan blh tgk web page lactation counselor puan Asiah Maharam di Seminar Susu Ibu Meriah Tanpa Suplimen

mommies juga boleh download TIPS CARA MAKAN JADI SUSU BUKAN LEMAK di SINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: