Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

homemade tomato puri untuk baby 10m keatas


Projek membuat tomato puri untuk anak kesayangan

Salam semua mommies, apa khabar.. lama ummi tak bercoret coret di sini kan..

tajuk masakan hari ini ialah macamana nak masak or membuat tomato puri... cewwwahhhh.. masakan la sangat kan.. boleh jugak la masak tuk baby.. jommm start masak.. 
 
Fresh tomato yang beratnya lebih sekilo. Sesiapa yang berminat nak cuba boleh jer beli kat kedai..Mula-mula, basuh bersih-bersih tomato yang dah masak ranum,

 
Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut dipuri.

 
 Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah dibuang kulit nanti.
 

  Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15 minit.


 Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.

 Kulit dibuang dengan mudahnya.


 Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat, tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.


 Dah siap dibuang biji dan air/ jus.


 Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.

 
 ini la rupa tomato yg dh di blend



 
Bahan-bahan :-

tomato yg dh di blend
capsicum
bawang besar
bawang putih
serbuk jintan manis dan jintan putih
unsalted butter

1. potong dadu capsicum dan blend bersama bawang putih dan bawang besar.
2. panaskan periuk masukkan butter dan bahan diblend dan serbuk jintan secubit. masak selama mana yang anda mahu. huhu. sos tomato makin lama masak makin sedap. kalau kering tambah air.



Masak bahan kisar sehingga pekat. paste ini hendaklah selalu di kacau dan buangkan air yang terdapat di permukaan paste ini dan kacau selalu agar tidak hangus. bila dah benar benar pekat matikan api.


dah masak boleh la di simpan dalam bekas kedap udara then letak dlm peti sejuk agar tahan lama.. bila2 masa anak nak mkn spagetti, senang je.. ummi tinggal amik kat peti sejuk jer.. 


NOTA PENTING:
tomato hanya sesuai untuk baby umur 10m dan keatas sahaja yer..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: